Selamat Datang ke Mariam Gold

Tukar Wang Anda Kepada Emas

Simpanan Emas Menjamin Masa Depan Anda

MARIAM JANIS

MARIAM JANIS

Friday, February 4, 2011

EMAS SEBAGAI KAD KREDIT

Assalammualaikun dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan emas dalam kehidupan harian kita. Kebanyakkan orang di zaman sekarang mesti mempunyai satu atau lebih kad kredit. Tidak kiralah daripada bank mana sekalipun. Penggunaan yang mematuhi syarat dan bijak menguruskannya akan dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalah kewangan masing-masing. Tapi jika disalah gunakan atau berbelanja tanpa mengira kemampuan maka ia menjerat diri seseorang ke lembah hutang yang semakin menggunung. Jika tidak dijelaskan hutang yang dipinjam atau membayar minimum daripada jumlah hutang. Maka interest akan dikenakan oleh bank. Semakin gagal kita menjelaskannya dalam masa yang ditetapkan iaitu lebih kurang 28 hari (tanpa dikenakan caj), maka interest caj akan dikenakan kepada pemilik kad tersebut.









Gambar Hiasan


Kita dapat mengatasi masalah ini jika kita mempunyai emas sama ada dalam bentuk barang kemas, bar ataupun dalam bentuk dinar. Berikut berapa kaedah yang boleh kita gunakan:-

a) Jika mempunyai emas.

Kita boleh gunakan emas bagi mengantikan kad kredit. Caranya dengan memajak emas itu di Ar-Rahnu. Setelah dapat wang tersebut, bolehlah kita gunakannya sepertimana kita guna kad kredit. Kelebihannya, kita diberi tempoh selama 6 bulan untuk selesaikan pinjaman kita itu. Upah simpan akan dikenakan oleh Ar-Rahnu tersebut. Tapi upahnya jauh lebih rendah berbanding caj yang dikenakan oleh kad kredit. Kita juga boleh membayarnya secara ansuran. Jika tidak mampu, maka pihak Ar-Rahnu sedia menambah bulan pinjaman iaitu (3+2 bulan). Apabila dah langsaikan pinjaman itu, kita akan dapat semula emas kita berbanding kad kredit yang tidak dapat apa-apapun.

b) Jika tidak mempunyai emas, tapi ingin menjelaskan hutang kad kredit.

Duit yang ada dalam simpanan, belilah emas terlebih dahulu. Kemudian pajakkan di Ar-Rahnu. Wang diperoleh daripada Ar-Rahnu, selesaikanlah hutang tersebut. Jangan berbelanja dengan duit tuu,..nanti bertambah pulak hutang. Dah selesaikan hutang kad kredit, barulah beransur-ansur tebus emas tersebut. Apabila habis bayar, dapatlah balik emas tersebut.


Kesimpulannya.

Penggunaan emas bagi mengantikan kad kredit memberi banyak kebaikan antaranya:
a) Upah atau caj yang dikenakan oleh ar-rahnu jauh lebih rendah berbanding caj oleh bank (kad kredit)
b) Dapat menjelaskan pinjaman dalam tempoh lebih lama berbanding kad kredit. Dimana jika penggunaan kad kredit, caj semakin tinggi apabila masa yang diambil menjelaskan hutang itu terlalu lama.
d) Selesai pembayaran pinjaman/hutang, pemilik akan mendapat emas yang ditebusnya kembali berbanding kad kredit yang tidak memberikan apa-apa setelah selesai hutang.
e) Emas yang disimpan di ar-rahnu itu akan semakin meningkat harganya. Pelaburan yang menguntungkan di masa hadapan.

Sekian,

Mariam Janis
0136100629
Pengedar GCP, ad1421

PERGI HAJI 2020 HANYA 10 DINAR

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala : “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”



Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas turun.

MENGAPA?
“KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!”
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-

Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2009:-
1 Dinar = RM502
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00
Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.

“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

CARA PENGIRAAN:-

Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009
Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-
RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) – RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00
Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-
RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.


KESIMPULAN:-

Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
33.3-39% p.a
“Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2020.

Sekian,

Mariam Janis
0136100629
Pengedar GCP, ad1421

BELI EMAS SEBAGAI WANG SIMPANAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Manipulasi emas sebagai mengantikan wang simpanan. Gaji yang kita peroleh setiap bulan, iaitu pendapatan pasif itu sebenarnya boleh kita gantikannya sebagai simpanan yang menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Kebiasaannya, apabila kita memperoleh gaji pada bulan tersebut, kita akan simpan sebanyak 30% sebagai simpanan. Tidak kiralah, dalam ASB, akaun simpanan atau sebagainya.

Sebenarnya, wang simpanan itu boleh kita gantikan dengan emas. Caranya cukup mudah, iaitu:-

a)Apabila kita memperolehi pendapatan bulan tersebut, tanpa menggunakannya terlebih dahulu, kita tukarkan wang tersebut dengan emas. (beli emas dahulu)
b) Setelah memiliki emas, kita pajakkan emas tersebut di ar-rahnu.
c) Hasil pajakkan tersebut 65-70% daripada nilai marhum, kita akan diberi pinjam oleh ar-rahnu.
d) Duit tersebut bolehlah kita gunakan untuk belanja ataupn hendak beli emas lagipun boleh.
e) Di sini kita telah menyimpannya.
f) Setiap bulan, kita hanya perlu menjelaskan bayaran kepada ar-rahnu hinggalah selesai.
g) Diakhirnya kita akan dapat emas dengan nilai semasa yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

Contoh pengiraan:
1) Katakan pendapatan RM3,200
2) Beli emas 20g RM3,150.
3) Pergi pajak di Ar-rahnu Agrobank dapat RM2,320............. (nilai marhum RM3316 x 70%)
4) Katakan guna wang tersebut,..
5) Setelah itu, kita cuma perlu bayar kepada ar-rahnu secara ansuran bulan ke-6.
6) Bayar bulanan selama 6 bulan = RM 397.00/bulan (termasuk upah simpan). Jika tidak mampu dalam tempoh 6 bulan, tambah tempoh lagi sehingga 18 bulan.
7) Diakhirnya kita akan dapat emas tersebut beserta kenaikan harga emas.

Kesimpulan
Kaedah ini juga boleh diperaktikkan untuk memiliki emas. jika contoh pendapatan tersebut tinggi, kita juga boleh ganti dengan dinar. Dinar lagi rendah berbanding goldbar 20g. Cara menyimpan jenis ini adalah baik kerana emas tersebut boleh dipajak jika kita terdesak dan ingin menggunakan wang.Ia juga mendatangkan pulangan yang lebih tinggi berbanding simpanan dalam ASB

Sekian,

Mariam Janis
0136100629
Pengedar GCP, ad1421

UNIT UKURAN EMAS

Nama lama bagi jenis-jenis emas:
  •     Emas Se Amas = 2.551 gm
  •     Emas Se Rial =2.70 gm
  •     Emas Se Kupang = 0.64 gm
  •     Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
  •     Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
  •     Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
  •     Emas 1 Mayam = 3.37 gm
Unit Timbangan Lama
  • 16 Tahil = 1 Kati
  • 1 Kati = 600 Gram
  • 100 Kati = 1 Pikul
  • 1 Pikul = 60.48 kg
Sekian,

Mariam Janis
0136100629
Pengedar GCP, ad1421

Thursday, February 3, 2011

BERMINAT MENJADI PENGEDAR EMAS GCP? KEUNTUNGAN LUMAYAN.

MARIAM JANIS ad1421

BERMINAT MENJADI PENGEDAR EMAS GOLDCREST PAVILION SDN BHD (GCP)?

1. Sila layar http://www.gcp.com.my/.
2. Klik REGISTER sebelah kanan.
3. Diperkenalkan oleh (NAMA): Mariam Janis
4. Diperkenalkan oleh (ID): ad1421.
5. Kemudian klik semak.
6. Masukkan butiran peribadi anda.
7. Pendaftan akan diproses dalam tempoh 24 JAM SELEPAS BAYARAN diterima.
8. Sila masukkan bayaran ahli RM1000 (Set Lengkap Berniaga Emas) atau RM600 (Tanpa Set Lengkap Berniaga Emas).
9. Masukkan duit ke akaun GoldCrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) akaun MAYBANK 505103003954
10. EMAIL Slip Bayaran ke sales@gcp.com.my.
11. Sila CALL PENGARAH URUSAN EN. ROZINI ROSDIN 019-3777554 untuk pengesahan BAYARAN AHLI ANDA.

Terima Kasih.

Sekian,

Mariam Janis
0136100629
Pengedar GCP, ad1421