Assalammualaikun dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan emas dalam kehidupan harian kita. Kebanyakkan orang di zaman sekarang mesti mempunyai satu atau lebih kad kredit. Tidak kiralah daripada bank mana sekalipun. Penggunaan yang mematuhi syarat dan bijak menguruskannya akan dapat membantu seseorang itu menyelesaikan masalah kewangan masing-masing. Tapi jika disalah gunakan atau berbelanja tanpa mengira kemampuan maka ia menjerat diri seseorang ke lembah hutang yang semakin menggunung. Jika tidak dijelaskan hutang yang dipinjam atau membayar minimum daripada jumlah hutang. Maka interest akan dikenakan oleh bank. Semakin gagal kita menjelaskannya dalam masa yang ditetapkan iaitu lebih kurang 28 hari (tanpa dikenakan caj), maka interest caj akan dikenakan kepada pemilik kad tersebut.
Gambar Hiasan
Kita dapat mengatasi masalah ini jika kita mempunyai emas sama ada dalam bentuk barang kemas, bar ataupun dalam bentuk dinar. Berikut berapa kaedah yang boleh kita gunakan:-
a) Jika mempunyai emas.
Kita boleh gunakan emas bagi mengantikan kad kredit. Caranya dengan memajak emas itu di Ar-Rahnu. Setelah dapat wang tersebut, bolehlah kita gunakannya sepertimana kita guna kad kredit. Kelebihannya, kita diberi tempoh selama 6 bulan untuk selesaikan pinjaman kita itu. Upah simpan akan dikenakan oleh Ar-Rahnu tersebut. Tapi upahnya jauh lebih rendah berbanding caj yang dikenakan oleh kad kredit. Kita juga boleh membayarnya secara ansuran. Jika tidak mampu, maka pihak Ar-Rahnu sedia menambah bulan pinjaman iaitu (3+2 bulan). Apabila dah langsaikan pinjaman itu, kita akan dapat semula emas kita berbanding kad kredit yang tidak dapat apa-apapun.
b) Jika tidak mempunyai emas, tapi ingin menjelaskan hutang kad kredit.
Duit yang ada dalam simpanan, belilah emas terlebih dahulu. Kemudian pajakkan di Ar-Rahnu. Wang diperoleh daripada Ar-Rahnu, selesaikanlah hutang tersebut. Jangan berbelanja dengan duit tuu,..nanti bertambah pulak hutang. Dah selesaikan hutang kad kredit, barulah beransur-ansur tebus emas tersebut. Apabila habis bayar, dapatlah balik emas tersebut.
Kesimpulannya.
Penggunaan emas bagi mengantikan kad kredit memberi banyak kebaikan antaranya:
a) Upah atau caj yang dikenakan oleh ar-rahnu jauh lebih rendah berbanding caj oleh bank (kad kredit)
b) Dapat menjelaskan pinjaman dalam tempoh lebih lama berbanding kad kredit. Dimana jika penggunaan kad kredit, caj semakin tinggi apabila masa yang diambil menjelaskan hutang itu terlalu lama.
d) Selesai pembayaran pinjaman/hutang, pemilik akan mendapat emas yang ditebusnya kembali berbanding kad kredit yang tidak memberikan apa-apa setelah selesai hutang.
e) Emas yang disimpan di ar-rahnu itu akan semakin meningkat harganya. Pelaburan yang menguntungkan di masa hadapan.
Sekian,
Mariam Janis
0136100629
Pengedar GCP, ad1421
Saya adalah pengedar GoldCrest Pavilion Sdn Bhd (GCP). Id saya ad1421. GCP adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya.GCP ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009. GCP menyediakan perkhidmatan seperti jual/beli emas, emas terpakai, dinar, barang kemas, syiling emas dan sebagainya. Berminat sila hubungi saya, Pengedar GCP MARIAM JANIS (ad1421) Hotline 0147127929, email mariamjanis@gmail.com.
Selamat Datang ke Mariam Gold
Tukar Wang Anda Kepada Emas
Simpanan Emas Menjamin Masa Depan Anda
Simpanan Emas Menjamin Masa Depan Anda
MARIAM JANIS
Friday, February 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.